Saturday 16 December 2017

PERANAN AL-QURAN DALAM MENYUMBANG PERADABAN MANUSIA

2.1 Peranan Al-Quran dalam menyumbang peradaban manusia

Bimbingan Allah SWT terhadap perjalanan kehidupan manusia sebelum Al-Quran ditunkan oleh Allah SWT lagi, ianya telah wujud seiring dengan penciptaan mausia pertama iaitu Nabi Adam AS yang merangkumi elemen akidah, syariat dan akhlak bagi membolehkan manusia menjalankan tugas sebagai hamba dan khalifah Allah SWT di muka bumi ini. Perutusan Nabi Muhammad SAW dan penurunan Al-Quran telah meengkapkan keseluhuran keperluan kehidupan mausia samaada kehidupan di dunia mahupun kehidupan di akhirat. Al-Quran dan As-Sunnah adalh sumer utama peadaban manusia di samping akal fikiran dan dari tamadun -tamadun lain.

 Menurut Sadar (1989), tidak dapat dinafikan lagi bahawa, sumber premier tamadun islam serta evolusi pembentukan sains islam di sekitar seratus tahun pertama hijrah , mempunyai hubugan erat dengan epistemologi Pengajian Islam . Al-Quran dan As-Sunnah sarat dan padat dengan rujukan dan anjuran serta dorongan terhadap umat islam agar umat islam menuntut ilmu, mempelajari, menganalisa dan menganjurkan penggunaan akal semaksimum yang boleh untuk manfaatnya. Pandangan Syed Hossein Nasr(1984) juga menyokong pandangan ini dengan penegasa beliau bahawa pemangkin ketamadunan islam adalh pertamanya kekuatan ajaran islam sendiri yang bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah Nabi Muhammad SAW.

 Keduanya, tamadun-tamadun yang membangun sejajar dengan perkembangan islam dalam masa yang sama ianya tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip islam. Segala kegiatan ketamadunan yang dicipta, hendaklah mengikut lunas-lunas yang telah ditetapkan oleh Al-Quran dan As-Sunnah , sesuatu pembaharuan yang dibuat secara umumnya boleh dikatakan sebagai tamadun tetapi tidak boleh dikatakan tamadun islam sekiranya terdapat pertentangan dengan Al-Quran dan As-Sunnah .

Daripada Al-Quran dan As-Sunnah dicerakinkan akidah, syariah  dan akhlak untuk dilaksanakan di dalam keseluhuran kehidupan mausia. (Sulaiman, 1995).

 Firman Allah SWT dalam surah Al-An'am ayat 38 yang bermaksud :

 " Tiada kami meninggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran  ini ". Firman Allah SWT yang bermaksud :" Sesungguhya Al-Quran jalan yang amat betul (agama islam) dan memberi khabar gembira kepada orang mukmin yang mengerjakan amalan baik bahawa mereka disediakan pembalasan yang baik " (surah al-Isra': ayat 9).







No comments:

Post a Comment